Pages

Saturday, June 13, 2009

majlis pertunangan

Sebagai permulaan cerita, aku dulukan dengan majlis pertunangan kami. tarikh keramat ( cewaahh ) tu jatuh pada 25 january 2009. meriah, aku dapat lihat kegembiraan dan kepuasan wajah mama selepas majlis selesai, nape aku ckp begitu? selepas aku dirisik mama slalu risau dan takut die tak bole nak lakukan majlis itu tanpa abah, tp aku yakinkan mama semuanya akan ok, insyaAllah. tapi tak sempat nak lihat keceriaan wajah abah, abah mungkin nmpk kami, kan abah...

majlis dalam pkl 2 dan pagi tu kami buat tahlil untuk arwah abah.

kek yang aku tempah di lea-oven . sedikit kecewa sbb kak lea salah tema, sepatut nye pepel tp die buat pink pulak. nasib la ade lebihan bulu2 dan bunga tu buat cover nmpk pepel jugak, isk..

andaman d'reben, terletak di kg nakhoda, sg tua.
klu korang berminat ni contact number die Kak Su 0193441452
macam2 pakej dia ade, dan kak su ni sgt friendly org nya. Ckp je aida dr pinggiran bt caves yang rekemen okkay.

ni muka aku setelah di mekap. Macam tak percaya aku bole jd secantik ni. (hermm tak salahkan puji diri sendiri kan? hahaha) Kak Su yang mekap aku. kak su ni keja kat catering yang mak aku order untuk majlis ni, mase order tu kak su ckp "dah ade org mekap ke?" aku balas "dah ade kak, kat sini ade pakej mekap ke?" kak su kate "ade, sy la yang mekap". sepatut nya aku dimekap oleh mak andam yang lain a.k.a my besties haiza, tp saat2 akhir lagi seminggu nak majlis die kate abg die tunang same tarikh dgn aku, jd kelam kabut siket lepas tu cari mekap-er. nasib kak su free tarikh tu.. Alhamdulillah..

ni pulak cenderahati untuk kaum keluarga encik tunang. yang atas tu untuk dewasa, dlm cawan tu ada potpouri. yang cam bakul ni aku letak gule2 mentos yang kecik tu 3 bar. sume nye D.I.Y. yang potpouri tu aku dgn mak aku beli cawan, beli net, reben, bunga dan kitorg wat sendiri, semuanya di sponser oleh bonda tercinta. love u lah mama!!

tentang rombongan dan hantaran aku wat di entri yang lain , macam dah panjang sgt pulak entri ni..

0 comments: