Pages

Monday, August 17, 2009

berinai

masa baru2 bertunang dulu, tunang aku ada kata, "abg nati tanak pakai inai tau". terus aku tarik muka masam. dalam hati kenape pulak tanak pakai, tanak bagi tau dah kawen la tu. huhuhu.. "kenapa pulak???" aku tanya, tak puas hati ni. "lelaki tak boleh pakai inai, HARAM". ehh ye ke? tak penah dgr pun sebelum ni. tp ramai je org yang alim2 tu kawin berinai inai bagai.. herm..

tadi aku tergerak hati pulak nak carik fakta tentang inai ni..

ni aku dapat di sini. kelik la besar kan

selain tu aku ade jugak bace di sini

perempuan yang berinai yang melukis lukis tu pun di laknat Allah (kenyataan daripada Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur) tp ada pulak yang membangkang kenyataan itu. Pening pulak kalau ada cam ni, tp bagi aku, aku prefer ikut hukum Tuhan, bukan nya budaya.kamu? macam mane pulak? aku bace di sini

tp walau macam mane pun aku tak mahu pun melukis lukis tu, rimas je rase cam tgn kotor, hahaha... aku lagi suke tgk cincin kat jari manis je, ahaks...

sekadar berkongsi....



5 comments:

Dr Amad said...

salam ukhti...

Bukan yang salah tang inai, salah tang ukir-ukir tu...untuk perempuan inailah tangan kerana itu tanda sudah berpunya dan baru sahaja selesai majlis walimah. Itu tiada halangan dalam Islam.

jzkk... slmt datang ke amadanaksoleh

Dr Amad said...

sblm terlupa,nak ucap selamat pengantin baru...

Jika dahulu SAYA dan KAMU sebagai insan berunit tunggal, sekarang menjadi KITA.

Rumahtangga adalah medan memberi khidmat bukan menuntut hak yang tidak berkesudahan.

Melissa said...

Memang tak pernah suka inai corak2 tu. Hee. But inai kat hujung jari tu nak ar. :)

Suke lah tgk checklist kat tepi tu, cam complete sgt. :)

MyRule said...

Suka inai cara dulu2..nampak sweet je..;)

Unknown said...

dr. amad : thanks 4 blog walking ye.. mmg ukir2 tu yg saya maksudkan..

melissa : thanks, klu buat camtu senang sket nak tgk mane yg belum sudah, jom wat skali.. :)

myrule : betul3x.. :)